Friday, April 27, 2012

Telekung for Kids

Dah lama saya tak update blog. Post kali ni saya ingin memperkenalkan product baru iaitu telekung untuk kanak-kanak (umur 4 -14 thn). Fabrik telekung ini saya guna cotton biasa yg agak tebal. Lace adalah dari bahan cotton yang berkualiti. Corak applique adalah daripada 100% cotton.  Saiz telekung akan saya sertakan kemudian.

Setakat ini ada beberapa corak saja iaitu ceri, strawberry, dahlia dan tulip. Warna-warna applique adalah bergantung kepada koleksi fabric yang saya ada buat masa ini (puan2 boleh memilih seperti warna merah, pink, kuning, ungu, oren, biru serta warna2 pastel). 

Untuk bahagian atas telekung, terdapat 2 bunga di hadapan, 2 di belakang dan 1 di kiri dan kanan telekung. Kain dijahit dengan getah di bahagian pinggang. Kanak2 tidak perlu memakai anak telekung kerana bahagian atas muka ditambah "awning".

Puan2 boleh hubungi saya di 012-317 4655 untuk membeli /menempah (wholesale pun boleh dirunding).





No comments:

Post a Comment